~ Bunyi boleh merosakkan pendengaran apabila...
- Bunyi terlalu kuat walaupun sekejap.
- Bunyi kuat dlm tempoh lama.
~ Tahap bunyi di sekeliling (diukur dlm unit(dB)atau Desibel)
- Bisikan = 20dB
- kwsn rumah kg = 30dB
- Ruang tamu = 40dB
- Kwsn rumah bdr = 50dB
- Perbualan = 60dB
- Kereta = 70dB
- Trak kecil = 80dB
- Trak besar = 90dB
- Gerudi = 100dB
- Kumpulan rock = 110dB
- Kapal terbang = 120dB
* tahap pendedahan selamat utk pendengaran adalah pada 85dB selama 8 jam sehari sahaja!
~ Tanda-tanda kurang pendengaran
- Boleh mendengar tetapi tidak memahami isi perbualan.
- Telinga berdesing (tinnitus).
- Selalu meminta percakapan diulang.
- Mendengar orang bercakap seolah-olah berkumat-kamit.
~ Lindungi pendengaran anda
- Guna pelindung pendengaran contohnya pelindung telinga (earmuff) atau plug telinga(earplug)di tempat kerja atau aktiviti rekreasi yang bising.
- Hadkan masa terdedah pada bunyi bising. Sekiranya terpaksa, perlu diselang selikan dengan rehat.
- Elakkan mendengar muzik pada paras yang sgt kuat.
~ Tanggungjawab anda..
* Sebagai pekerja
- Patuhi peraturan pemakaian alat pelindung pendengaran.
- Ikut jadual pemeriksaan pendengaranyg ditetapkan oleh majikan.
- Sertai program penjagaan telinga dan pendengaran yang dianjurkan di tempat kerja.
- Boleh membuat tuntutan dari majikan sekiranya anda disahkan mengalami hilang pendengaran disebabkan bunyi bising ditempat kerja.
* Sebagai majikan
- Hadkan masa pendengaran pada bunyi bising tidak melebihi pada bunyi bising yg ditetapkan.
- Didik dan selia pekerja mengenai cara bekerja di tempat bising.
- Lakukan audiometri berkala jika perlu.
- Sediakan alat pelindung pendengaran.
- Laporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengenai pekerja yang didapati mengalami hilang pendengaran.
Sumber : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=38208
0 comments:
Catat Ulasan