Peluang Kerjaya Guru

   Kepada sesiapa yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru, sila layari portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merebut peluang kerjaya yang di tawarkan.

  

Siapat cepat, dia dapat... Insya Allah... 

Sumber : http://www.moe.gov.my 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekolah Dalam Hospital

   Buat julung kalinya, pelajar dan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di hospital terutama bagi tempoh yang lama akan terus diberikan hak untuk mendapat pendidikan secara formal melalui program Sekolah Dalam Hospital yang dilancarkan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.


 
   Program Sekolah Dalam Hospital yang direalisasikan dalam tempoh beberapa bulan sahaja hasil kerjasama erat di antara Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan juga ahli-ahli jawatankuasa Projek HatiNurani adalah merupakan hasrat isteri YAB Menteri Pelajaran, Y.A.Bhg. Puan Seri Norainee Abd. Rahman selaku Penaung Projek Hati Nurani untuk membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur sebagai sebahagian daripada tanggungjawab demi kelangsungan masa depan kanak-kanak. 


   Objektif pelaksanaannya adalah bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas ketika berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara selaras dengan matlamat Education for All.

   Menerusi pendekatan pembelajaran yang agak berbeza daripada sekolah biasa, Sekolah Dalam Hospital adalah berorientasikan pendekatan didik hibur (fun learning) dan fleksibel dalam persekitaran yang kondusif, sekaligus membantu menghilangkan rasa bosan pelajar apabila perlu mendapat rawatan dalam tempoh yang lama di hospital.

  Sekolah Dalam Hospital dilaksanakan secara projek rintis di tiga buah hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Ampang dan dijangka akan diperluaskan ke hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang lain.


  Seramai 16 orang guru telah menyahut cabaran dan hasrat murni kerajaan untuk memberi pendidikan kepada pelajar dan kanak-kanak di hospital, sekali gus menjadi kumpulan perintis di Sekolah Dalam Hospital.

  Kejayaan projek Sekolah Dalam Hospital ini juga bergantung pada kerjasama badan-badan korporat tampil menyumbangkan dalam apa jua bentuk sumbangan bagi menjayakan projek ini.


Diterbitkan Oleh: Unit Komunikasi Korporat

Sumber : http://www.moe.gov.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam-Macam Ada!!!

   Mungkin mencari software percuma menjadi masalah kepada kita semua. Tetapi kini tidak lagi. Anda boleh memuat turun pelbagai jenis pilihan software percuma yang diiiginkan melalui laman web File Hippo. Mudah bukan? Tak perlu membeli, hanya pilih software yang berkenan di hati sahaja.


Di antara jenis software yang boleh dimuat-turun adalah seperti :

Anti-Malware

Audio & Video Player

Browser & Plungins

CD and DVD Tools (Burnner)

Compression & Backup

Desktop

Developer Tools

Drivers

Fail Transfer

Firewalls and Security (Antivirus)

Messaging & Chat

Networking & Admin

Office & News (PDF)

Photos & Images

Popular software

System Tuning




.
<< Sila Klik Imej Untuk Terus Ke Laman File Hippo >>
 
Adalah lebih baik jika kita mempunyai software untuk muat-turun bagi memudahkan lagi proses muat-turun (seperti Orbit, IDM - Internet Download Manager, dll)

Selamat Mencuba... 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara Menukar Background Windows 7 Starter

   Kepada pengguna komputer yang menggunakan sistem windows 7 starter semestinya tidak boleh menukar gambar latar pada komputernya. Oleh demikian, di sini saya kongsikan cara bagaimana kita boleh menukar gambar latar ini tanpa menaik taraf sistem sedia ada. 

Terdapat 4 langkah yang perlu diikuti bagi menukar background windows 7 starter :


1. Muat turun program Starter Wallpaper Changer. Simpankan ia di desktop.
    (Sila klik ikon di bawah untuk muat turun) 


(Saiz Fail: 40kb)


2. Mulakan program dan pilih gambar yang anda inginkan.





3. Setelah gambar selesai dipilih, klik pada Apply

4. Langkah terakhir anda hendaklah log off komputer.
    (Langkah wajib bagi setiap kali gambar ditukar)


~ Selamat Mencuba ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muat Turun Bacaan Al-Quran

Mari kita muat turun bacaan Al-Quran secara percuma. 

Sila klik di bawah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...