Perisian "Waktu Solat 2011" ini telah dibangunkan oleh beberapa orang pensyarah dan staf UiTM pada awal tahun 2011. Ini adalah versi yang ke-4 yang telah dibangunkan oleh mereka kalau tak silap saya. Versi awal telah dicipta pada tahun 2008. Program ini adalah dalam format ".jar" dan boleh di pasang pada kebanyakan handphone terutamanya sekali bagi jenama NOKIA.
Kelebihan utama perisian ini adalah ia boleh memberitahu setiap waktu solat dengan tepat pada setiap kawasan utama di seluruh Malaysia. Kita juga boleh mengetahui arah kiblat dengan merujuk kepada arah timur dan barat (Matahari naik di sebelah Timur).
Selain itu, ia juga boleh mengumandangkan suara azan pada setiap masa masuk waktu apabila telah disetkan. Semoga pencipta program ini mendapat rahmat dan kerbekatan dari Allah swt di atas segala usaha yang telah dilakukannya. Amin...
Oleh itu, marilah kita mencuba perisian ini. Mudah-mudahan disamping dapat mengetahui masa masuk waktu solat, kita boleh solat diawal waktu. Sila klik imej di atas untuk memuat turun program "Waktu Solat 2011.jar" secara percuma.
Sekiranya anda menggunakan pc untuk melayari internet, terdapat 3 langkah utama yang perlu diikut sebelum anda dapat menggunakan perisian ini di telefon anda.
1. Download perisian "Waktu Solat 2011.jar" menggunakan komputer anda.
2. Hantarkan perisian "Waktu Solat 2011.jar" kepada handphone anda (boleh gunakan bluetooth atau sambungan kabel). Simpankannya di memory card atau memory telefon.
3. Langkah terakhir, "install"kan program pada handphone anda.

0 comments:
Catat Ulasan