Bahan Muat Turun

   Berikut adalah antara bahan yang boleh dimuat turun ( download ) melalui laman blog upkmgsti ini: -


  1. Garis Panduan Pendaftaran Orang Kurang Upaya
  2. Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia
  3. Akta-Akta Yang Berkaitan Kanak-Kanak OKU

Penghargaan Kepada : -





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Skim Bantuan Kewangan JKM

   Penentuan bantuan kewangan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dilakukan dan pertimbangan oleh Pegawai Pelulus

   Antara skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan kepada golongan OKU yang layak dipertimbangkan bantuan adalah seperti berikut:

 1. Elaun Pekerja Cacat (EPC) - RM300 sebulan 

 2. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) 
     - RM300 sebulan  

 3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) - RM150 sebulan 
  
 4. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S) - Kadar sebenar alat tiruan

< < Sila klik pada imej untuk keterangan lanjut > >  



~  Penghargaan Kepada  ~













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bantuan Kewangan

   Terdapat beberapa jenis bantuan kewangan yang disediakan bagi golongan kurang upaya (OKU) di pelbagai peringkat. Di antara bantuan yang tersedia ialah : -
 
  1. Elaun Murid Khas (EMK) - Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. Bantuan Pengajian Orang Kurang Upaya - Kementerian Pengajian Tinggi
  3. Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan OKU - Jabatan Kebajikan Masyarakat
  4. Bantuan OKU Baitulmal - Majlis Agama di setiap negeri

   Bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU), kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan elaun murid khas kepada setiap murid yang tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU).

Kadar Elaun

Mulai tahun 2009, kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang murid yang layak ialah RM150.00 sebulan.

Murid yang layak menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berdaftar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
  3. Murid berkeperluan khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi sekolah-sekolah berikut:  
    1. Prasekolah
    2. Sekolah-sekolah rendah dan menengah
    3. Sekolah agama
    4. Kolej Matrikulasi 
       
  4. Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  5. Tidak/belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan. 

Pembayaran
  • EMK dibayar melalui akaun bank murid iaitu akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Jumlah pembayaran kepada murid baru dikira daripada bulan pendaftaran semester / persekolahan dalam tahun semasa
  • Pembayaran EMK akan ditamatkan sekiranya murid keluar atau berhenti daripada sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
  • Pastikan setiap murid adalah pemegang kad OKU. Tanpa kad OKU, bayaran elaun tidak boleh dibuat
  • Murid yang berpindah/bertukar ke sekolah lain, perlu mengesahkan status penerima EMK di dalam Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah oleh Murid Warganegara (P.U(A)275)
  • Permohonan EMK adalah melalui sekolah/JPN.

    Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan 2 jenis bantuan kewangan pengajian bagi Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu di peringkat IPT dan Politeknik:
  1. Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT
  2. Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas Politeknik 

Untuk maklumat lanjut, sila ke sini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan 5 jenis bantuan kewangan untuk kemudahan golongan kurang upaya iaitu :

1. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
2. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
4. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)
5. Geran Pelancaran (GP)

Untuk maklumat lanjut, sila ke sini.

Penghargaan 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Laluan Kerjaya Golongan OKU

   Bagi memenuhi keperluan mencari peluang pekerjaan bagi golongan orang kurang upaya, pihak kerajaan telah menyediakan satu laman yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk membantu golongan ini dan juga mereka yang memerlukan keperluan khas untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kebolehan mereka selaras dengan masyarakat penyayang yang digalakkan oleh kerajaan. 
   Selepas mendaftarkan diri, individu tersebut akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kriteria dan keadaan mereka.

< < Sila klik pada imej untuk melayari web > >


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...