Ucapan Ringkas

 Assalammualaikum 


Tangan kanan 'A' sambil ibu jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.


 Waalaikumsalam 


Tangan kanan 'W' sambil jari telunjuk dikenakan pada tepi dahi kanan 
lalu digerakkan ke depan.


Hello 


Tangan kanan 'B', hujung jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan. 


 Selamat 


Kedua-dua belah tapak tangan digenggam sambil bersalaman, lalu tangan kanan dan kiri digerakkan ke kanan dan kiri, tapak tangan ke bawah. 


 Selamat Datang 


Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "datang"


Selamat Pagi 


Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "pagi" 


 Selamat Tengahari 


Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Tengahari" 


 Selamat Petang 


Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Petang" 


 Selamat Malam 


 Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Malam"


 Selamat Jalan 


Tangan Kanan '5' tapak ke depan sambil digerakkan ke kiri dan kanan. 


 Selamat Hari Jadi 


Buat isyarat "selamat", kemudian kedua belah tangan 'D' digerakkan ke kiri dan kanan. 


 Selamat Ulang Tahun 


Buat isyarat "selamat", kedua belah tangan 'A" pada paras telinga, buat satu pusingan arah lawan jam. 


 Maaf 


Tangan Kanan 'A' pada paras dada, buat satu pusingan arah jam. 


 Salam 


Kedua-dua belah tangan dihulurkan ke depan, tapak tangan kiri dan kanan dirapatkan lalu dibawa ke dalam dengan kedua-dua hujung jari dikenakan pada dada. 


 Sila 


Tangan kanan terbuka tapak menghadap ke atas, 
lalu digerakkan tangan kanan ke sebelah kiri. 


 Tahniah 


Kedua-dua belah tangan digenggam dan digoncangkan sedikit. 


 Terima Kasih 


Tangan kanan terbuka dengan tapak ke dalam lalu dikenakan pada bibir 
dan digerakkan ke depan. 


 Tolong 


Tangan Kanan 'A' diletakkan di atas tapak tangan kiri, lalu digerakkan naik. 


 Sama-Sama 


Tangan kanan 'Y', lalu digerakkan ke depan dan belakang. 


 Apa Khabar 


Buat isyarat 'Apa' dan kemudian kedua-dua belah tapak tangan membuat isyarat 'K', lalu digerakkan ke depan. 


 Khabar Baik 


Kedua-dua belah tangan '5', tangan kanan diletakkan dibibir kemudian digerakkan turun dan diletakkan di atas tapak tangan kiri. 


Terima kasih kepada :


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...