Masalah Pendengaran

DEFINISI

Ia adalah masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi – masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.



TANDA-TANDA MASALAH PENDENGARAN

Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang tidak mendengar bunyi deringan telefon, tidak menoleh kepada sumber bunyi, seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan, membuka TV terlalau kuat, menunjukkan tanda-tanda keliru dan tidak memahami pertuturan.

 
 KLASIFIKASI MASALAH PENDENGARAN

  1. Hilang pendengaran jenis konduktif

    Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.
     
  2. Hilang Pendengaran jenis sensori neural

    Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.
     
  3. Hilang pendengaran jenis campuran

    Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural.

     
PUNCA MASALAH PENDENGARAN

Antara penyebab maslah pendengaran ialah jangkitan telinga kronik, fakor keturunan, kecacatan kongenital, sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah ototoksik, kecederaaan kapala, jangkitan virus atau bakteria, pendedahan kapda bunyi bising secara berpanjangan, proses penuaan dan tumor.

 
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL 

  Audiologis merupakan ahli profesional yang terlatih dalam bidang pendengaran normal dan tidak normal. Seseorang audioologis itu menumpukan perhatiannya terhadap pencegahan dan pengenalpastian masalah-masalah pendengaran, pemilihan dan pemasangan alat bantu pendengaran, merekabentuk dan mengimplimentasi strategi dan program pemulihan dan khidmat nasihat berhubung dengan pendedahan terhadap bunyi kuat dan penjagaan dan pemeliharaan pendengaran.
 

Sumber : Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...