SELAMAT BERTUKAR KE SEKOLAH BARU....

Teristimewa buat Puan Roziani Binti Jinin,

SELAMAT MAJU JAYA...Di sekolah baru

JASA DAN TUNJUK AJAR CIKGU AMAT BERHARGA....walau hanya seketika cuma

Jangan lupakan kami yang pernah menjadi anak murid mu...

( muiz, iqbal, ajitha, liana, matan , tharsiny, ikmal, suren, shahid, foo sheng, shy yee, naziha n azuwan....)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambutan Hari Guru 2009


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

P&P di TF Value Mart

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

P&P Luar Bilik Darjah - Taman Intan Nova

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jenis Alat Bantu Pendengaran

Terdapat empat jenis asas alat bantu pendengaran yang biasa bagi kebanyakan pekilang. Kesemuanya boleh membantu kehilangan pendengaran dari tahap ringan ke sederhana, tetapi bagi kehilangan pendengaran yang lebih teruk, pilihannya adalah lebih terhad. Walaupun saiz ialah perbezaan yang ketara, setiap jenis alat mempunyai beberapa ciri berlainan yang perlu dipertimbangkan.

Alat bantu pendengaran yang dipakai di belakang telinga atau di dalam telinga boleh mengandungi teknologi yang lebih canggih dan amplifier yang lebih berkuasa; mereka juga lebih tahan lasak. Sebaliknya, model yang lebih kecil terletak lebih dekat dengan gegendang, dan berhampiran dengan telinga dalam, boleh menolong menghantar bunyi dengan kualiti yang lebih natural. Profesional pendengaran anda akan memberi cadangan yang sewajarnya mengikut keperluan spesifik dan keadaan fisiologi anda.




Sumber : http://www.starkeymalaysia.com/pages/expectations/expectInYourEar1.html 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alat Bantu Pendengaran


~ Alat bantu pendengaran zaman dahulu ~












~ Evolusi alat bantu pendengaran ~










~ Teknologi Terkini ~




Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Punca Masalah Pendengaran


 Bunyi adalah gelombang yang diterima dan ditafsirkan sebagai pendengaran. Bunyi bising boleh merosakkan saraf dan menyebabkan hilang pendengaran kekal. 

~ Bunyi boleh merosakkan pendengaran apabila...  
  1. Bunyi terlalu kuat walaupun sekejap.
  2. Bunyi kuat dlm tempoh lama. 

~ Tahap bunyi di sekeliling (diukur dlm unit(dB)atau Desibel) 

  1. Bisikan = 20dB
  2. kwsn rumah kg = 30dB 
  3. Ruang tamu = 40dB 
  4. Kwsn rumah bdr = 50dB 
  5. Perbualan = 60dB 
  6. Kereta = 70dB 
  7. Trak kecil = 80dB 
  8. Trak besar = 90dB 
  9. Gerudi = 100dB 
  10. Kumpulan rock = 110dB 
  11. Kapal terbang = 120dB
* tahap pendedahan  selamat utk pendengaran adalah pada 85dB selama 8 jam sehari sahaja!
 

~ Tanda-tanda kurang pendengaran 
 
  1. Boleh mendengar tetapi tidak memahami isi perbualan.
  2. Telinga berdesing (tinnitus).
  3. Selalu meminta percakapan diulang.
  4. Mendengar orang bercakap seolah-olah berkumat-kamit.
     
~ Lindungi pendengaran anda 
  1. Guna pelindung pendengaran contohnya pelindung telinga (earmuff) atau plug telinga(earplug)di tempat kerja atau aktiviti rekreasi yang bising.
  2. Hadkan masa terdedah pada bunyi bising. Sekiranya terpaksa, perlu diselang selikan dengan rehat.
  3. Elakkan mendengar muzik pada paras yang sgt kuat.
     
~ Tanggungjawab anda.. 
 
    * Sebagai pekerja
  • Patuhi peraturan pemakaian alat pelindung pendengaran.
  • Ikut jadual pemeriksaan pendengaranyg ditetapkan oleh majikan.
  • Sertai program penjagaan telinga dan pendengaran yang dianjurkan di tempat kerja.
  • Boleh membuat tuntutan dari majikan sekiranya anda disahkan mengalami hilang pendengaran disebabkan bunyi bising ditempat kerja.
     
    * Sebagai majikan
 
  • Hadkan masa pendengaran pada bunyi bising tidak melebihi pada bunyi bising yg ditetapkan.
  • Didik dan selia pekerja mengenai cara bekerja di tempat bising.
  • Lakukan audiometri berkala jika perlu.
  • Sediakan alat pelindung pendengaran.
  • Laporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengenai pekerja yang didapati mengalami hilang pendengaran.


Sumber : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=38208

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masalah Pendengaran

DEFINISI

Ia adalah masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi – masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.



TANDA-TANDA MASALAH PENDENGARAN

Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang tidak mendengar bunyi deringan telefon, tidak menoleh kepada sumber bunyi, seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan, membuka TV terlalau kuat, menunjukkan tanda-tanda keliru dan tidak memahami pertuturan.

 
 KLASIFIKASI MASALAH PENDENGARAN

  1. Hilang pendengaran jenis konduktif

    Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.
     
  2. Hilang Pendengaran jenis sensori neural

    Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.
     
  3. Hilang pendengaran jenis campuran

    Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural.

     
PUNCA MASALAH PENDENGARAN

Antara penyebab maslah pendengaran ialah jangkitan telinga kronik, fakor keturunan, kecacatan kongenital, sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah ototoksik, kecederaaan kapala, jangkitan virus atau bakteria, pendedahan kapda bunyi bising secara berpanjangan, proses penuaan dan tumor.

 
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL 

  Audiologis merupakan ahli profesional yang terlatih dalam bidang pendengaran normal dan tidak normal. Seseorang audioologis itu menumpukan perhatiannya terhadap pencegahan dan pengenalpastian masalah-masalah pendengaran, pemilihan dan pemasangan alat bantu pendengaran, merekabentuk dan mengimplimentasi strategi dan program pemulihan dan khidmat nasihat berhubung dengan pendedahan terhadap bunyi kuat dan penjagaan dan pemeliharaan pendengaran.
 

Sumber : Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...