Panduan Mail Merge - Microsoft Office Word 2007/2010

    Mail Merge adalah kemudahan yang telah disediakan dalam Microsoft Office Word. Aplikasi ini membolehkan satu dokumen digunakan secara berulangkali. Oleh itu, kita tidak perlu menaip secara manual dan mencetak satu-persatu untuk sekeping dokumen yang sama. Lazimnya Mail Merge digunakan untuk mencetak sijil, mengisi borang, surat edaran, resit dan banyak lagi. 
   
   Sebelum menggunakan Mail Merge, kita hendaklah menyediakan 2 buah fail iaitu Fail Pengkalan Data (Microsoft Excell - maklumat) dan Fail Induk (Microsoft Word - tapak sijil). Mudah bukan?

Berikut adalah 4 langkah utama yang perlu dituruti untuk membuat  Mail Merge.

1. Buat satu Fail Pengkalan Data (Microsoft Excell), kemudian simpan (save) dan tutupkannya.
  (Seperti contoh di bawah)  


2. Sediakan Fail Induk (Microsoft Word) seperti di bawah.


3. Pilih menu Maillings => Select Recipients => Use Existing List... Kemudian pilih fail pengkalan data anda. (Seperti gambar di bawah)


4. Masukkan data yang berkenaan dengan meletakkan kursor (tanda "l" yang sentiasa berkelip) anda pada tempat yang sesuai . Kemudian klik :
Mailling => Insert Merge Field => Nama 

Ulang langkah 4 sehingga data telah lengkap. (Seperti di bawah) Siap!!! :)



Untuk melihat semua data yang telah lengkap sila pilih :

  Mallings => Preview Result => klik "<"atau">
 

(Paparan dokumen akan berubah setiap kali klik < atau >)



Kegunaan Menu "Finish & Merge"
-  Hasil dokumen secara individu (Fail disimpan berasingan)
- Mencetak data Mail Merge
- Edaran e-mail






Semoga sedikit perkongsian ilmu ini akan dapat memberi manfaat buat penggunjung laman blog ini. IsyaAllah... Sehingga bertemu kembali...


<< Selamat Mencuba, Good Luck >> 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Kamazura Saim berkata...

Terima kasih kerana sudi melawati blog ini :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...