Keluarga



  AYAH  


Tangan kanan terbuka kenakan hujung ibu jari pada tengah dahi.



 IBU  


Tangan kanan terbuka kenakan hujung ibu jari pada tengah dagu.


 ABANG   


Buat isyarat "Lelaki" kemudian tangan kanan terbuka tapak menghadap ke bawah, 
lalu digerakkan ke atas.


 KAKAK 


Buat isyarat "Perempuan" kemudian tangan kanan terbuka tapak menghadap ke bawah, lalu digerakkan ke atas.


  ADIK LELAKI  


Buat isyarat "Lelaki" kemudian tangan kanan terbuka tapak menghadap ke bawah, 
lalu digerakkan ke bawah.


  ADIK PEREMPUAN   


Buat isyarat "Perempuan" kemudian tangan kanan terbuka tapak menghadap ke bawah, lalu digerakkan ke bawah.



  ANAK LELAKI   


Buat isyarat "Anak" kemudian tangan kanan digerakkan ke atas lalu membuat isyarat 'Lelaki'.


 ANAK PEREMPUAN  


Buat isyarat "Anak" kemudian tangan kanan digerakkan ke atas lalu membuat isyarat 'Perempuan'.


 BAYI  


Buat isyarat "Anak" kemudian kedua belah tangan membuat 'S' pada paras bahu digerak-gerakkan ke depan dan dalam, seolah-olah perilaku anak kecil.


 CUCU  


Buat isyarat "Anak" kemudian tangan kanan membuat 'C'.


 DATUK 


Buat isyarat "Bapa" lalu digerakkan melengkung ke depan dua kali.


 NENEK  


Buat isyarat "Emak" lalu digerakkan melengkung ke depan dua kali.


  BAPA SAUDARA  


Buat isyarat "Bapa", kemudian buat isyarat "Saudara".


 EMAK SAUDARA  





Buat isyarat "Emak", kemudian buat isyarat "Saudara".

 KELUARGA 

Kedua-dua belah tangan membuat isyarat 'F' dirapatkan lalu digerakkan ke depan melengkung dan bertemu semula, tapak menghadap ke dada.



Penghargaan kepada :



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Isyarat Ganti Nama


 AWAK 


Tangan kanan 'A', dengan ibu jari tegak lalu tunjuk ke depan.



 DIA 


Tangan kanan 'D' lalu ditunjukkan ke kanan.

 SAYA  


Tangan kanan 'I' dikenakan di tengah dada.


 SENDIRI   


Tangan kanan 'A' tapak ke bawah dikenakan ibu jari pada tengah dada.


 DATO' 


Tangan kanan 'D' diletakkan di tengah dahi. 


 DATIN  


Tangan kanan 'D' diletakkan di tengah dagu.



  TUAN  


Tangan kanan 'T' tepi kanan paras bahu, lalu buat bulatan kecil arah jam.


 PUAN 


Tangan kanan 'P' tepi kanan pipi, lalu buat bulatan kecil arah jam.


 ENCIK 


Tangan kanan 'E' tapak ke depan paras bahu, lalu buat bulatan kecil arah jam.


 CIK 


Tangan kanan 'C' ke depan paras bahu, lalu buat bulatan kecil arah jam.


 KAMU 


Tangan kanan terbuka tapak ke atas pada paras dada digerakkan sedikit ke depan.


 KAMI 


Tangan kanan 'K' jari hantu diletakkan pada bahu kanan, lalu bergerak melengkung ke tengah dada.


 KITA 


Tangan kanan 'K' jari hantu diletakkan pada bahu kiri, lalu digerakkan melengkung ke bahu kiri. 


 MEREKA 


Tangan kanan 'M' tapak ke dalam, lalu digerakkan ke depan ke depan. 




 Penghargaan kepada : 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ucapan Ringkas

 Assalammualaikum 


Tangan kanan 'A' sambil ibu jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.


 Waalaikumsalam 


Tangan kanan 'W' sambil jari telunjuk dikenakan pada tepi dahi kanan 
lalu digerakkan ke depan.


Hello 


Tangan kanan 'B', hujung jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan. 


 Selamat 


Kedua-dua belah tapak tangan digenggam sambil bersalaman, lalu tangan kanan dan kiri digerakkan ke kanan dan kiri, tapak tangan ke bawah. 


 Selamat Datang 


Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "datang"


Selamat Pagi 


Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "pagi" 


 Selamat Tengahari 


Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Tengahari" 


 Selamat Petang 


Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Petang" 


 Selamat Malam 


 Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Malam"


 Selamat Jalan 


Tangan Kanan '5' tapak ke depan sambil digerakkan ke kiri dan kanan. 


 Selamat Hari Jadi 


Buat isyarat "selamat", kemudian kedua belah tangan 'D' digerakkan ke kiri dan kanan. 


 Selamat Ulang Tahun 


Buat isyarat "selamat", kedua belah tangan 'A" pada paras telinga, buat satu pusingan arah lawan jam. 


 Maaf 


Tangan Kanan 'A' pada paras dada, buat satu pusingan arah jam. 


 Salam 


Kedua-dua belah tangan dihulurkan ke depan, tapak tangan kiri dan kanan dirapatkan lalu dibawa ke dalam dengan kedua-dua hujung jari dikenakan pada dada. 


 Sila 


Tangan kanan terbuka tapak menghadap ke atas, 
lalu digerakkan tangan kanan ke sebelah kiri. 


 Tahniah 


Kedua-dua belah tangan digenggam dan digoncangkan sedikit. 


 Terima Kasih 


Tangan kanan terbuka dengan tapak ke dalam lalu dikenakan pada bibir 
dan digerakkan ke depan. 


 Tolong 


Tangan Kanan 'A' diletakkan di atas tapak tangan kiri, lalu digerakkan naik. 


 Sama-Sama 


Tangan kanan 'Y', lalu digerakkan ke depan dan belakang. 


 Apa Khabar 


Buat isyarat 'Apa' dan kemudian kedua-dua belah tapak tangan membuat isyarat 'K', lalu digerakkan ke depan. 


 Khabar Baik 


Kedua-dua belah tangan '5', tangan kanan diletakkan dibibir kemudian digerakkan turun dan diletakkan di atas tapak tangan kiri. 


Terima kasih kepada :


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku Pelawat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...