Belajar Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 Secara Interaktif

Link Laman :  http://goo.gl/nfGR3i 

   Assalammualaikum, pada kesempatan kali ini ingin saya kongsikan pautan aplikasi dalam talian (online) yang telah disediakan oleh KPM untuk kemudahan semua guru dan murid yang berada di bumi yang bertuah ini. Saya berpendapat aplikasi ini sangat menarik dan interaktif. Selain itu, guru-guru juga boleh menjadikannya sebagai alat bantu mengajar dan ditayangkan dengan projektor LCD. Bagi murid, ia memudahkan mereka untuk mengulangkaji pelajaran.  

   Untuk menggunakan aplikasi ini, sila klik pada mana-mana gambar yang bertajuk di bawah. Seterusnya paparan berikut akan keluar, anda cuma perlu klik pada  Login as a guest  sahaja. Selain itu, anda juga boleh menggunakan alamat Link yang telah disertakan di bawah tajuk untuk memasuki laman interaktif terutama sekali jika capaian Facebook tidak boleh diperolehi kerana menggunakan talian internet 1Bestarinet :) FB disekat bukan :)  




  Aplikasi ini mengandungi tajuk-tajuk yang berikut :






01 - Ayat Tunggal

Link : http://goo.gl/B5U5UT


02 - Ragam Ayat

Link : http://goo.gl/wDjRbe


03 - Kata Kerja Transitif

Link : http://bit.ly/1Tx7DdU


   Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat memberikan manfaat buat semua :) 







 ~  Selamat Maju Jaya  ~  


Kredit to : SPP, KPM



Cari berkaitan :

  • Pembelajaran Online
  • Pembelajaran Dalam Talian
  • Pembelajaran Kendiri
  • Kosware Percuma
  • Self Access Learning

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Permohonan ke Politeknik Pelajar Berkeperluan Khas Sesi Disember 2013

   Sila muat turun Borang Permohonan Pelajar Berkeperluan Khas ke Politeknik Sesi Disember bermula 15 Julai 2013 hingga 28 Julai 2013.

   Borang yang telah lengkap diisi dan disahkan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada 30 Ogos 2013 :

Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
 (u.p.:Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid)

Sumber dari :
http://www.moe.gov.my/ 
11/07/2013

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenang Kami Dalam Doamu

  Puan Norhaslinah Bt Asri   
( Cikgu Haslina )

   Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Cikgu Haslina atas jawatan baru iaitu Penolong Kanan Pentadbiran di SK Sungai Kerawai. Diharapkan Cikgu Haslina ceria selalu dan selamat bertugas di tempat baru. Semoga bertambah maju jaya dan ingat-ingatlah kami di MGS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Datang Ke MGS

Encik Anuar Bin Ri

    Kami warga MGS mengalu-alukan kehadiran Guru Besar baru, Encik Anuar Bin Ri ke sekolah kami. Semoga kehadiran tuan, dapat lagi meningkatkan pencapaian kemajuan sekolah dan memberikan sinar harapan baru buat kami semua.
http://www.graphicsgrotto.com/



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Tinggal Pujaan


      Tanggal 31 Januari 2013 adalah tarikh keramat bagi warga MGS kerana tarikh ini adalah bersempena dengan sambutan hari persaraan mantan Penolong Kanan Pentadbiran,  

Puan Choo Soo Wan

yang lebih mesra dengan panggilan Puan Choo. Saya mewakili seluruh warga MGS mengucapkan selamat bersara kepada Puan Choo yang amat dikasihi, biarpun tidak lama di MGS. Namun, kenangan bersama tetap segar ingatan kami.











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hilangnya Sebutir Permata MGS

   
   Tanggal 30 Januari 2013 adalah tarikh keramat bagi warga MGS kerana tarikh ini adalah bersempena dengan sambutan hari persaraan mantan Guru Besar MGS,  

Puan Hajah Ime Noraini Bt. Haji Muhammad 

yang lebih mesra dengan panggilan Bonda. Saya mewakili seluruh warga MGS mengucapkan selamat bersara kepada Bonda yang amat disayangi, semoga Bonda sentiasa sihat dan ceria menjalani kehidupan di luar sana.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...