Waktu Solat 2011 - Software Handphone (Malaysia Only)

   Perisian "Waktu Solat 2011" ini telah dibangunkan oleh beberapa orang pensyarah dan staf UiTM pada awal tahun 2011. Ini adalah versi yang ke-4 yang telah dibangunkan oleh mereka kalau tak silap saya. Versi awal telah dicipta pada tahun 2008. Program ini adalah dalam format ".jar" dan boleh di pasang pada kebanyakan handphone terutamanya sekali bagi jenama NOKIA


   Kelebihan utama perisian ini adalah ia boleh memberitahu setiap waktu solat dengan tepat pada setiap kawasan utama di seluruh Malaysia. Kita juga boleh mengetahui arah kiblat dengan merujuk kepada arah timur dan barat (Matahari naik di sebelah Timur).


   Selain itu, ia juga boleh mengumandangkan suara azan pada setiap masa masuk waktu apabila telah disetkan. Semoga pencipta program ini mendapat rahmat dan kerbekatan dari Allah swt di atas segala usaha yang telah dilakukannya. Amin... 



   Oleh itu, marilah kita mencuba perisian ini. Mudah-mudahan disamping dapat mengetahui masa masuk waktu solat, kita boleh solat diawal waktu. Sila klik imej di atas untuk memuat turun program "Waktu Solat 2011.jar" secara percuma.

   Sekiranya anda menggunakan pc untuk melayari internet, terdapat 3 langkah utama yang perlu diikut sebelum anda dapat menggunakan perisian ini di telefon anda. 

1. Download perisian "Waktu Solat 2011.jar" menggunakan komputer anda.

2. Hantarkan perisian "Waktu Solat 2011.jar" kepada handphone anda (boleh gunakan bluetooth atau sambungan kabel). Simpankannya di memory card atau memory telefon.

3. Langkah terakhir, "install"kan program pada handphone anda. 

 << Selamat Mencuba >>


<< Sila klik imej di atas untuk ke paparan muat turun MySolat 2012 >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panduan Mail Merge - Microsoft Office Word 2007/2010

    Mail Merge adalah kemudahan yang telah disediakan dalam Microsoft Office Word. Aplikasi ini membolehkan satu dokumen digunakan secara berulangkali. Oleh itu, kita tidak perlu menaip secara manual dan mencetak satu-persatu untuk sekeping dokumen yang sama. Lazimnya Mail Merge digunakan untuk mencetak sijil, mengisi borang, surat edaran, resit dan banyak lagi. 
   
   Sebelum menggunakan Mail Merge, kita hendaklah menyediakan 2 buah fail iaitu Fail Pengkalan Data (Microsoft Excell - maklumat) dan Fail Induk (Microsoft Word - tapak sijil). Mudah bukan?

Berikut adalah 4 langkah utama yang perlu dituruti untuk membuat  Mail Merge.

1. Buat satu Fail Pengkalan Data (Microsoft Excell), kemudian simpan (save) dan tutupkannya.
  (Seperti contoh di bawah)  


2. Sediakan Fail Induk (Microsoft Word) seperti di bawah.


3. Pilih menu Maillings => Select Recipients => Use Existing List... Kemudian pilih fail pengkalan data anda. (Seperti gambar di bawah)


4. Masukkan data yang berkenaan dengan meletakkan kursor (tanda "l" yang sentiasa berkelip) anda pada tempat yang sesuai . Kemudian klik :
Mailling => Insert Merge Field => Nama 

Ulang langkah 4 sehingga data telah lengkap. (Seperti di bawah) Siap!!! :)



Untuk melihat semua data yang telah lengkap sila pilih :

  Mallings => Preview Result => klik "<"atau">
 

(Paparan dokumen akan berubah setiap kali klik < atau >)



Kegunaan Menu "Finish & Merge"
-  Hasil dokumen secara individu (Fail disimpan berasingan)
- Mencetak data Mail Merge
- Edaran e-mail






Semoga sedikit perkongsian ilmu ini akan dapat memberi manfaat buat penggunjung laman blog ini. IsyaAllah... Sehingga bertemu kembali...


<< Selamat Mencuba, Good Luck >> 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...