Ini adalah merupakan permainan dalam talian yang meminta anda untuk mengecam isyarat bagi huruf yang telah ditunjukkan. Sekiranya ada mempunyai aplikasi muat turun, program ini boleh di muat turun (seperti IDM) di simpan di dalam komputer anda atau di mana sahaja yang anda suka.
Baby Sign Racer
Ini adalah permainan yang mengkehendaki anda untuk memadankan perkataan dengan bahasa isyarat yang ditunjukkan oleh bayi. Permainan akan diteruskan sekiranya jawapan anda betul. Terdapat 3 pilihan untuk bermain dalam permainan ini. Anda boleh memilih sama-ada untuk memadankan 12, 18 atau 24 perkataan dengan bahasa isyarat yang betul. Pada akhir permainan, anda akan diberikan markah berdasarkan kepada bilangan percubaan untuk mendapatkan jawapan yang betul. (^ _ ^) D
Program Pensiswazahan Guru - PPG 2012
Berita baik buat semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), anda dipelawa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Permohonan boleh dibuat sebelum 27November2011.
<< Klik Imej >>
Sila layari laman di atas untuk mengetahui maklumat lanjut.
Rebutlah peluang ini sebelum terlambat...
Rebutlah peluang ini sebelum terlambat...
~ Selamat Maju Jaya ~
Waktu Solat 2011 - Software Handphone (Malaysia Only)
Perisian "Waktu Solat 2011" ini telah dibangunkan oleh beberapa orang pensyarah dan staf UiTM pada awal tahun 2011. Ini adalah versi yang ke-4 yang telah dibangunkan oleh mereka kalau tak silap saya. Versi awal telah dicipta pada tahun 2008. Program ini adalah dalam format ".jar" dan boleh di pasang pada kebanyakan handphone terutamanya sekali bagi jenama NOKIA.
Kelebihan utama perisian ini adalah ia boleh memberitahu setiap waktu solat dengan tepat pada setiap kawasan utama di seluruh Malaysia. Kita juga boleh mengetahui arah kiblat dengan merujuk kepada arah timur dan barat (Matahari naik di sebelah Timur).
Selain itu, ia juga boleh mengumandangkan suara azan pada setiap masa masuk waktu apabila telah disetkan. Semoga pencipta program ini mendapat rahmat dan kerbekatan dari Allah swt di atas segala usaha yang telah dilakukannya. Amin...
Oleh itu, marilah kita mencuba perisian ini. Mudah-mudahan disamping dapat mengetahui masa masuk waktu solat, kita boleh solat diawal waktu. Sila klik imej di atas untuk memuat turun program "Waktu Solat 2011.jar" secara percuma.
Sekiranya anda menggunakan pc untuk melayari internet, terdapat 3 langkah utama yang perlu diikut sebelum anda dapat menggunakan perisian ini di telefon anda.
1. Download perisian "Waktu Solat 2011.jar" menggunakan komputer anda.
2. Hantarkan perisian "Waktu Solat 2011.jar" kepada handphone anda (boleh gunakan bluetooth atau sambungan kabel). Simpankannya di memory card atau memory telefon.
3. Langkah terakhir, "install"kan program pada handphone anda.
Sekiranya anda menggunakan pc untuk melayari internet, terdapat 3 langkah utama yang perlu diikut sebelum anda dapat menggunakan perisian ini di telefon anda.
1. Download perisian "Waktu Solat 2011.jar" menggunakan komputer anda.
2. Hantarkan perisian "Waktu Solat 2011.jar" kepada handphone anda (boleh gunakan bluetooth atau sambungan kabel). Simpankannya di memory card atau memory telefon.
3. Langkah terakhir, "install"kan program pada handphone anda.
Panduan Mail Merge - Microsoft Office Word 2007/2010
2:35 PTG |
Labels:
Tips Komputer
Mail Merge adalah kemudahan yang telah disediakan dalam Microsoft Office Word. Aplikasi ini membolehkan satu dokumen digunakan secara berulangkali. Oleh itu, kita tidak perlu menaip secara manual dan mencetak satu-persatu untuk sekeping dokumen yang sama. Lazimnya Mail Merge digunakan untuk mencetak sijil, mengisi borang, surat edaran, resit dan banyak lagi.
Sebelum menggunakan Mail Merge, kita hendaklah menyediakan 2 buah fail iaitu Fail Pengkalan Data (Microsoft Excell - maklumat) dan Fail Induk (Microsoft Word - tapak sijil). Mudah bukan?
Berikut adalah 4 langkah utama yang perlu dituruti untuk membuat Mail Merge.
Sebelum menggunakan Mail Merge, kita hendaklah menyediakan 2 buah fail iaitu Fail Pengkalan Data (Microsoft Excell - maklumat) dan Fail Induk (Microsoft Word - tapak sijil). Mudah bukan?
Berikut adalah 4 langkah utama yang perlu dituruti untuk membuat Mail Merge.
1. Buat satu Fail Pengkalan Data (Microsoft Excell), kemudian simpan (save) dan tutupkannya.
(Seperti contoh di bawah)
2. Sediakan Fail Induk (Microsoft Word) seperti di bawah.
3. Pilih menu Maillings => Select Recipients => Use Existing List... Kemudian pilih fail pengkalan data anda. (Seperti gambar di bawah)
4. Masukkan data yang berkenaan dengan meletakkan kursor (tanda "l" yang sentiasa berkelip) anda pada tempat yang sesuai . Kemudian klik :
Mailling => Insert Merge Field => Nama
Ulang langkah 4 sehingga data telah lengkap. (Seperti di bawah) Siap!!! :)
Mallings => Preview Result => klik "<"atau">"
(Paparan dokumen akan berubah setiap kali klik < atau >)
Kegunaan Menu "Finish & Merge"
- Hasil dokumen secara individu (Fail disimpan berasingan)
- Mencetak data Mail Merge
- Edaran e-mail
Semoga sedikit perkongsian ilmu ini akan dapat memberi manfaat buat penggunjung laman blog ini. IsyaAllah... Sehingga bertemu kembali...
<< Selamat Mencuba, Good Luck >>
Sekolah Dalam Hospital
Buat julung kalinya, pelajar dan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di hospital terutama bagi tempoh yang lama akan terus diberikan hak untuk mendapat pendidikan secara formal melalui program Sekolah Dalam Hospital yang dilancarkan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.
Program Sekolah Dalam Hospital yang direalisasikan dalam tempoh beberapa bulan sahaja hasil kerjasama erat di antara Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan juga ahli-ahli jawatankuasa Projek HatiNurani adalah merupakan hasrat isteri YAB Menteri Pelajaran, Y.A.Bhg. Puan Seri Norainee Abd. Rahman selaku Penaung Projek Hati Nurani untuk membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur sebagai sebahagian daripada tanggungjawab demi kelangsungan masa depan kanak-kanak.
Objektif pelaksanaannya adalah bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas ketika berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara selaras dengan matlamat Education for All.
Menerusi pendekatan pembelajaran yang agak berbeza daripada sekolah biasa, Sekolah Dalam Hospital adalah berorientasikan pendekatan didik hibur (fun learning) dan fleksibel dalam persekitaran yang kondusif, sekaligus membantu menghilangkan rasa bosan pelajar apabila perlu mendapat rawatan dalam tempoh yang lama di hospital.
Sekolah Dalam Hospital dilaksanakan secara projek rintis di tiga buah hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Ampang dan dijangka akan diperluaskan ke hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang lain.
Seramai 16 orang guru telah menyahut cabaran dan hasrat murni kerajaan untuk memberi pendidikan kepada pelajar dan kanak-kanak di hospital, sekali gus menjadi kumpulan perintis di Sekolah Dalam Hospital.
Kejayaan projek Sekolah Dalam Hospital ini juga bergantung pada kerjasama badan-badan korporat tampil menyumbangkan dalam apa jua bentuk sumbangan bagi menjayakan projek ini.
Diterbitkan Oleh: Unit Komunikasi Korporat
Sumber : http://www.moe.gov.my
Macam-Macam Ada!!!
6:50 PTG |
Labels:
Tips Komputer
Mungkin mencari software percuma menjadi masalah kepada kita semua. Tetapi kini tidak lagi. Anda boleh memuat turun pelbagai jenis pilihan software percuma yang diiiginkan melalui laman web File Hippo. Mudah bukan? Tak perlu membeli, hanya pilih software yang berkenan di hati sahaja.
Di antara jenis software yang boleh dimuat-turun adalah seperti :
Anti-Malware
Audio & Video Player
Browser & Plungins
CD and DVD Tools (Burnner)
Compression & Backup
Desktop
Developer Tools
Drivers
Fail Transfer
Firewalls and Security (Antivirus)
Messaging & Chat
Networking & Admin
Office & News (PDF)
Photos & Images
Popular software
System Tuning
.
<< Sila Klik Imej Untuk Terus Ke Laman File Hippo >>
Adalah lebih baik jika kita mempunyai software untuk muat-turun bagi memudahkan lagi proses muat-turun (seperti Orbit, IDM - Internet Download Manager, dll)
Selamat Mencuba...
Selamat Mencuba...
Cara Menukar Background Windows 7 Starter
10:33 PTG |
Labels:
Tips Komputer
Kepada pengguna komputer yang menggunakan sistem windows 7 starter semestinya tidak boleh menukar gambar latar pada komputernya. Oleh demikian, di sini saya kongsikan cara bagaimana kita boleh menukar gambar latar ini tanpa menaik taraf sistem sedia ada.
Terdapat 4 langkah yang perlu diikuti bagi menukar background windows 7 starter :
1. Muat turun program Starter Wallpaper Changer. Simpankan ia di desktop.
(Sila klik ikon di bawah untuk muat turun)
3. Setelah gambar selesai dipilih, klik pada Apply.
4. Langkah terakhir anda hendaklah log off komputer.
(Langkah wajib bagi setiap kali gambar ditukar)
~ Selamat Mencuba ~
Bahan Muat Turun
Berikut adalah antara bahan yang boleh dimuat turun ( download ) melalui laman blog upkmgsti ini: -
- Garis Panduan Pendaftaran Orang Kurang Upaya
- Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia
- Akta-Akta Yang Berkaitan Kanak-Kanak OKU
Skim Bantuan Kewangan JKM
Penentuan bantuan kewangan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dilakukan dan pertimbangan oleh Pegawai Pelulus.
Antara skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan kepada golongan OKU yang layak dipertimbangkan bantuan adalah seperti berikut:
1. Elaun Pekerja Cacat (EPC) - RM300 sebulan
2. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- RM300 sebulan
- RM300 sebulan
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) - RM150 sebulan
4. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S) - Kadar sebenar alat tiruan
Bantuan Kewangan
Terdapat beberapa jenis bantuan kewangan yang disediakan bagi golongan kurang upaya (OKU) di pelbagai peringkat. Di antara bantuan yang tersedia ialah : -
Bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU), kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan elaun murid khas kepada setiap murid yang tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU).
Kadar Elaun
Mulai tahun 2009, kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang murid yang layak ialah RM150.00 sebulan.
Murid yang layak menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan 2 jenis bantuan kewangan pengajian bagi Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu di peringkat IPT dan Politeknik:
Untuk maklumat lanjut, sila ke sini.
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan 5 jenis bantuan kewangan untuk kemudahan golongan kurang upaya iaitu :
1. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
2. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
4. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)
5. Geran Pelancaran (GP)
Untuk maklumat lanjut, sila ke sini.
- Elaun Murid Khas (EMK) - Kementerian Pelajaran Malaysia
- Bantuan Pengajian Orang Kurang Upaya - Kementerian Pengajian Tinggi
- Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan OKU - Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Bantuan OKU Baitulmal - Majlis Agama di setiap negeri
Bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU), kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan elaun murid khas kepada setiap murid yang tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU).
Kadar Elaun
Mulai tahun 2009, kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang murid yang layak ialah RM150.00 sebulan.
Murid yang layak menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
- Murid berkeperluan khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi sekolah-sekolah berikut:
- Prasekolah
- Sekolah-sekolah rendah dan menengah
- Sekolah agama
- Kolej Matrikulasi
- Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Tidak/belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.
Pembayaran
- EMK dibayar melalui akaun bank murid iaitu akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Jumlah pembayaran kepada murid baru dikira daripada bulan pendaftaran semester / persekolahan dalam tahun semasa
- Pembayaran EMK akan ditamatkan sekiranya murid keluar atau berhenti daripada sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
- Pastikan setiap murid adalah pemegang kad OKU. Tanpa kad OKU, bayaran elaun tidak boleh dibuat
- Murid yang berpindah/bertukar ke sekolah lain, perlu mengesahkan status penerima EMK di dalam Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah oleh Murid Warganegara (P.U(A)275)
- Permohonan EMK adalah melalui sekolah/JPN.
Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan 2 jenis bantuan kewangan pengajian bagi Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu di peringkat IPT dan Politeknik:
- Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT
- Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas Politeknik
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan 5 jenis bantuan kewangan untuk kemudahan golongan kurang upaya iaitu :
1. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
2. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
4. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)
5. Geran Pelancaran (GP)
Untuk maklumat lanjut, sila ke sini.
Penghargaan
Langgan:
Catatan (Atom)